MESYUARAT PERSATUAN LAHANAN SARAWAK
Tempat: Uma Lahanan , BRS ASAP Belaga.
Tarikh: 20/12/2007
Hadir: Ketua Kaum (Maren Uma), AJKK Sementara (Pro-tem committee) dan kaum Lahanan
Beberapa ahli jawatankuasa PLAS yang baru dilantik merakamkan gambar kenangan bersama selepas mesyuarat agung. Di belakang kanan Bilong (Presiden), dua kanan MU Lajang (Penasihat) berdiri tengah Awing (Setiausaha)
Sg.Asap Belaga: Persatuan Lahanan Sarawak (PLAS) yang ditubuhkan secara rasmi pada hujung tahun 2007 lepas buat pertama kalinya telah mengadakan mesyuarat agung untuk memilih ahli jawatankuasa pada 20 December 2007 di Uma Lahanan Sg. Asap Belaga.
Presiden PLAS Bilong Siting yang baru dilantik dalam ucapannya berharap agar penubuhan persatuan terbabit akan dapat membantu mempromosikan kepada orang luar tentang kewujudan kaum Lahanan di negeri Sarawak khasnya dan Malaysia amnya. “Kita juga berharap penubuhan PLAS akan menyumbang ke arah pembangunan pendidikan dan sosiol ekonomi sebagai pemangkin kepada perkembangan kaum Lahanan agar tidak jauh ketinggalan dari kumpulan etnik lain yang terdapat di negeri ini seiring dengan rancangan kerajaan membangunkan masyarakat orang ulu,”jelasnya. Di samping itu, beliau menyetuh tentang tujuan dan objektif perstauan yang ingin melihat kaum yang sangat minoriti ini tidak akan hilang ditelan zaman dari aspek bahasa ibuda dan adat tradisi. di samping mencari jalan meningkatkan taraf social ekonomi
Dalam majlis itu juga, telah diadakan doa selamat untuk tapak pembinaan bangunan pejabat AJKK Uma Lahanan dan pejabat persatuan. Pada sebelah malam, majlis makan bersama telah diadakan dan diikuti persembahan kebudayaan tradisional.
Kaum Lahanan berasal dari dearah Belaga, manakala antara kawasan pempatan masyarakat ini yang masih wujud ialah Lahanan Sg. Asap yang asalnya dari Lahanan Long Panggai di hulu empangan Bakun dan Lahanan Long Semuang yang masih lagi tinggal di penampatan asal mereka iaitu berdekatan dengan Pasar Belaga yang terletak di bahagian Kapit
Berikut adalah ahli jawatankuasa yang telah dipilih;
Presiden : Bilong Siting
Naib Presiden : Melay Tingom
Setiausaha Agung : Awing Elli
Timbalan Setiausaha : Mering Lebat
Bendahari Agung : William Nyipa
Timbalan Bendahari : Jenun Lupak
Ahli Jawatankuasa : Anyie Udip
: Juin Elli
: Jaya Bernard
: Simon Jiaw
: Nyaren Alen
: Suraya Nyipa
: Danstan Bernard
: Jaie Dullah
: Eram Letap
: Udo Gong
Thursday, November 27, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment